KUALA LUMPUR | Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini.
Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman sebentar tadi menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1442 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,” katanya.
Journal Malaysia juga mengucapkan selamat menyambut 1 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di seluruh negara.
Dalam masa sama, semua pihak diharapkan terus mengutamakan keselamatan diri ketika mana pandemik COVID-19 masih tinggi.