KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam adalah 10,750,748 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang menerima dos pertama ialah 7,435,877 orang.
Katanya, daripada jumlah itu, 3,314,871 orang yang menerima dos kedua.
“Pemberian vaksin di Kuala Lumpur mencatatkan jumlah 1,340,018 bagi dos pertama atau 75.5 peratus dan 321,867 dos kedua.
“Sarawak mencatatkan jumlah 1,336,185 dos pertama atau 47.4 peratus dan 485,413 dos kedua, manakala Selangor 1,384,793 atau 21.2 peratus serta 469,136 dos kedus (7.2 peratus),” katanya.
“Jumlah pemberian vaksin semalam ialah 337,478 dos iaitu 213,396 bagi dos pertama dan 124,082 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini katanya.