PUTRAJAYA | Putrajaya telah menafikan yang Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah meletakkan jawatan.
Seorang pegawai di pusat pentadbiran kerajaan memberitahu Journal Malaysia yang perkara terbabit adalah palsu.
“Selagi tidak ada pengumuman rasmi, itu dikira berita palsu,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial kenyataan, Pejabat Perdana Menteri hari ini telah memanggil satu mesyuarat Kabinet tergempar untuk membincangkan hala tuju kerajaan berikutan penambahan kes COVID-19 yang semakin tinggi.
Dalam mesyuarat tersebut Perdana Menteri telah mengemukakan keputusannya untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas kesedaran bahawa beliau serta Kabinet yang diketuainya telah gagal dalam menangani wabak COVID-19.
Kenyataan itu merujuk dikeluarkan daripada Pejabat Perdana Menteri.