BELURAN | Pakej rangsangan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan telah membantu pengusaha sektor agromakanan yang terkesan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk kembali pulih.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, sejak pandemik Covid-19, sejumlah RM530 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM81.8 bilion diperuntukkan kerajaan bagi meneruskan agenda membantu rakyat dan menyokong perniagaan.
“MAFI akan terus memastikan setiap inisiatif di bawah pakej ekonomi untuk agromakanan sampai kepada golongan sasar.
“MAFI juga akan m memastikan kelangsungan setiap peringkat rantaian makanan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ronald berkata, Program Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank juga sedang giat dilaksanakan.
Katanya, jumlah keseluruhan skim ini adalah sebanyak RM850 juta yang merangkumi peruntukkan sebanyak RM350 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
“Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pula sebanyak RM500 juta diperuntukkan kepada usahawan mikro dan komuniti B40 dalam sektor pertanian dan makanan.
“Bagi golongan ini, mereka digalakkan untuk memohon kemudahan pembiayaan yang disediakan Kerajaan di bawah Agrobank,” katanya.
Terdahulu, Ronald meyampaikan tanaman cili bara dan halia organik kepada 660 belia dari 30 buah kampung sekitar daerah Beluran dan dilengkapkan dengan kursus asas dan bimbingan
Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Anita Misuari, Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling dan Pengurus Besar PPK Beluran, Sumarang Chunbung.
Dalam masa yang sama katanya, Agrobank komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan.
“Program itu mengkususkan pelanggan bagi kategori yang berkaitan yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran semula pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya.