by Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Individu boleh menukar alamat walaupun janji temu pengambilan vaksin COVID-19 telah dijadualkan.
JKJAV menerusi laman Facebooknya memaklumkan, perubahan ini tidak akan mengubah kedudukan dalam senarai pendaftaran.
Katanya, janji temu ini tidak termasuk vaksinasi sukarela jenis AstraZeneca.
“Bagi menukar alamat, individu boleh memilih untuk membatalkan temu janji dan memilih kemudahan kesihatan yang diperuntukkan terlalu jauh sebagai alasan pembatalan.
“Masukkan dan hantar butiran baharu untuk negeri dan poskod serta alamat terkini.
“Butiran janji temu akan diberikan dalam masa 30 hari. Kedudukan tidak akan terjejas sekiranya membuat pembatalan,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.