PUTRAJAYA | Bekalan makanan di peringkat peruncit dan pemborong berada dalam keadaan stabil serta mencukupi meskipun pelaksanan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih berkuatkuasa di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan serta pemeriksaan telah dijalankan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menurutnya, semalam, KPDNHEP telah membuat 670 pemantauan harian ke atas 10 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit (499), pemborong (140) dan pengilang (31).
“…Di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi,” katanya yang juga Menteri Kanan Pertahanan.
Beliau juga berkata, KPDNHEP juga telah melakukan 1,872 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP sepanjang PKP,
Katanya, daripada jumlah itu, 1,870 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala dua dua premis dikompaun kerana tidak patuh SOP.
Dalam perkembangan lain, berhubung Operasi Disinfeksi COVID-19 pula, sebanyak 181 operasi disinfeksi dilakukan meliputi 65 zon merah, tiga (3) zon jingga dan lima (5) zon kuning di seluruh negara semalam.
Katanya, pperasi disinfeksi itu melibatkan 1,050 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 231 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 260 buah jentera JBPM.
“Secara kumulatifnya, sebanyak 31,587 operasi disinfeksi yang merangkumi 157 zon telah dilakukan.
“Operasi ini melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan,” katanya.