KUALA LUMPUR | Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam ‘combat’ melawan COVID-19.
“Kita akan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang masih degil,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, 52 kilang dan premis perniagaan diarah tutup tutup kelmarin.
Sebelum itu, 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup Khamis lalu.