By Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Kes harian Covid-19 mencatatkan 9,105 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 836,296 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, Selangor kekal mendahului negeri lain dengan 4,682 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,247 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 541 kes.
“Selain itu, lain-lain negeri iaitu Johor (392 kes), Kedah (382 kes), Pahang (300 kes), Melaka (278 kes), Sabah (271 kes), Sarawak (270 kes), Pulau Pinang (243 kes) dan Kelantan (150 kes).
“Selebihnya, Labuan (54 kes), Putrajaya (49 kes), Terengganu ( 38 kes), dan Perlis ( satu kes),” katanya.