PUTRAJAYA | Sebanyak 63 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi SOP dtetapkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
Menurutnya, semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 83,068 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,661 orang.
“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,915 kilang, 18,278 premis perniagaan, 574 tapak pembinaan dan 192 asrama penempatan pekerja.
“Daripada jumlah itu, 63 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyatan.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, semalam juga seramai 547 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
“Daripada jumlah itu, seramai 533 individu dikompaun manakala 14 lagi direman,” katanya.
Kesalahan tiada penjarakan fizikal (97), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (82), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (67) dan tidak memakai pelitup muka (56).
Sementara itu, membawa penumpang berlebihan (44) dan ain-lain kesalahan (201).