LONDON | Kejohanan Eropah 2020 dijuarai Itali selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, pagi tadi selepas terikat 1-1.
Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sekali lagi menjadi wira apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar untuk menewaskan England.
Lapor Agensi, kemenangan itu sekali gus menjadikan Itali mengulangi kejayaan menjulang trofi Eropah pada tahun 1968.
Dalam perlawanan itu, England yang dikendali Gareth Southgate mendahului permainan seawal minit kedua menerusi Luke Shaw hasil umpanan Kieran Trippier.
Bersambung babak kedua, anak buah Roberto Mancini meneruskan penguasaan dan hasilnya Leornardo Bonucci mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan minit ke-67.
Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.
Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.
Tamat