By Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 mencatatkan 8,574 kes hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif sebanyak 844,870 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, Selangor kekal mendahului negeri lain dengan 4,308 kes, diikuti oleh Negeri 794 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 609 kes.
“Selain itu, lain-lain negeri iaitu Johor (407 kes), Kedah (415 kes), Pahang (314 kes), Melaka (411 kes), Sabah (298 kes), Sarawak (235 kes), Pulau Pinang (231 kes), Perak (168 kes) dan Kelantan (133 kes).
“Selebihnya, Labuan (66 kes), Putrajaya (45 kes), Terengganu ( 140 kes), dan Perlis ( 0 kes),” katanya.