SHANGHAI: Muzium astronomi terbesar di dunia dijangka dibuka di Shanghai, Jumaat ini.
Shanghai Astronomy Museum berkeluasan 128,016 meter merupakan cawangan kepada Muzium Sains dan Teknologi Shanghai yang menempatkan ruang pameran, planetarium, pusat pemerhatian dan teleskop solar sepanjang 23 meter.
Muzium itu direka oleh firma Amerika Syarikat Ennead Architects yang pernah memenangi anugerah pada 2014 menerusi pertandingan antarabangsa mereka bangunan.
Ketua Pereka, Thomas J. Wong berkata, dia tidak menyangka dapat memanfaatkan seni bina untuk memberikan kesan luar biasa kepada keseluruhan pengalaman itu.
“Bangunan ini merupakan seni bina yang diilhamkan secara astronomi,” katanya.
Menurut Wong, dia dan pasukannya berharap dapat menunjukkan segala sesuatu di alam semesta bergerak secara berterusan dan diatur oleh pelbagai kekuatan.
Katanya, mereka juga dipengaruhi oleh ‘tiga masalah utama’ iaitu persoalan yang belum terjawab tentang bagaimana secara matematik dapat menghitung pergerakan tiga entiti cakerawala seperti planet, bulan atau bintang berdasarkan hubungan graviti antara satu sama lain.
“Sebab apa kami menganggap tiga masalah itu adalah kerana ini adalah kumpulan orbit yang kompleks.
“Ini adalah hubungan yang dinamik berbanding lingkaran sederhana di sekitar pusat dan itu adalah sebahagian daripada niat reka bentuk untuk meniru kerumitan itu,” jelasnya. -CNN