JOHOR BAHRU | Polis Johor menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah rumah di Kampung Sri Desa, Ayer Hitam, di sini semalam.
Tangkapan dilakukan pada 9.30 malam semalam selepas menerima 10 laporan polis yang dibuat terhadap pemilik akaun Instagram “Amirul Naito” selepas tular video berdurasi 32 saat berkait penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah D9 Iskandar Puteri dan dibantu oleh anggota balai polis Ayer Hitam, Batu Pahat.
Katanya, hasil siasatan mendapati susoek mempunyai rekod lampaun berkaitab kes jenayah dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK.
” Selain tangkapan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Vivo V2026 bersama simkad Maxis, satu unit topi jenama ediko, sehelai baju hitam berlengan panjang sehelai seluar jeans pendek jenama Levis dan senaskah al-Quran.
“Suspek telah direman selama empat hari bermula 12 hingga 15 Julai dan siasatan dijalankan mengikut siasatan peruntukkan undang-undang Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih tujuh tahun.
Beliau berkata, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 509 KK jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih rm50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
“Polis Johor menasihatkan supaya menggunakan laman sosial dengan sebaik-baiknya dan tidak menggunakannya dengan perkara-perkara yang memudaratkan dan boleh menimbulkan ketegangan pada masyarakat.
“Kami juga akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang tindakan, kelakuan ataupun media sosial yang viral melibatkan komen-komen jelik ini,” katanya.