KUALA LUMPUR | Ayah kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew meninggal dunia hari ini.
Ebit menerusi laman Facebooknya memaklumkan saya dalam perjalanan ke Hospital Gleanagles untuk membawa jenazah ayahnya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
“Innalillahi wainna ilaihirajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. I love you bapak.
“Bapa pergi dulu. Nanti Ebit sampai ya. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
“Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya.
Katanya, beliau dalam perjalanan ke Hospital Gleanagles untuk bawa jenazah ayahnya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.
Beliau berkata, kemudian dia akan terus bawa ke Muadzam Shah, Pahang. Pohon doakan buat ayah dan hadiahkan Al-Fatihah.