by Nor Shazleza Shahril
KOTA BHARU | seramai 65 petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Majlis Daerah Ketereh di sini menerima bantuan makanan dan minuman daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Kota Bharu.
Bantuan ini dihulurkan bagi menghargai petugas yang bertungkus lumus dalam memastikan individu yang dipanggil untuk menerima vaksin berjalan lancar.
Ketua (Bersatu) Bahagian Kota Bharu, Datuk Muhamed Farid Muhamed Zawawi berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi keceriaan kepada petugas di PPV ini.
“paling istimewa untuk hari ini, kami turut menyumbang makanan untuk makan tengah hari kepada petugas selain beberapa kotak makanan ringan dan minuman”.
“sumbangan seperti ini akan diteruskan di dua lagi PPV di daerah Kota Bharu ini bagi sama-sama membantu dalam memudahkan urusan pemberian vaksin khususnya di bandar Kota Bharu”.
“saya amat berbangga dengan petugas barisan hadapan kita yang bertugas dari awal Covid-19 sehingga sekarang dan segala budi serta jasa mereka ini hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya”.