Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jangka PdPR lanjut lebih lama, YPM agih sumbangan tablet kepada pelajar memerlukan
    Am

    Jangka PdPR lanjut lebih lama, YPM agih sumbangan tablet kepada pelajar memerlukan

    mohd ZulkifliBy mohd Zulkifli13/07/2021Updated:13/07/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Menyedari sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mungkin akan berjalan untuk tempoh yang lama lagi, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) tampil memberi sumbangan tablet untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

    Sumbangan itu diberikan supaya masalah pelajar yang terpaksa berkongsi peranti untuk menjalani PdPR sehingga mereka sering ketinggalan kelas dapat diselesaikan sebaik mungkin.

    Ahli Majlis MARA, Datuk Muhamed Farid Muhamed Zawawi, berkata keperluan peranti sangat penting ketika ini memandangkan sesi PdPR akan berjalan untuk tempoh agak lama lagi.

    Katanya, walaupun situasi Covid-19 dilihat terkawal, namun kemudaratan atau wabak itu akan berterusan untuk tempoh yang lama, sekali gus menyebabkan pelajar terpaksa bergantung harap kepada peranti untuk menuntut ilmu.

    “Kita mempunyai program menyampaikan tablet kepada pelajar yang kurang kemampuan supaya mereka dapat belajar dengan baik dan selesa.

    “Ketika ini kita sudah sampaikan dua tablet, dan kita akan mengenalpasti lagi pelajar yang kurang kemampuan menghadapi masalah menjalani PdPR.

    “Saya tidak boleh jangkakan berapa lama PdPR ini akan berterusan kerana daripada sudut kesihatan dan pengawalan jangkitan penyakit mengkin menyebabkan sesi itu akan berlanjutan dalam tempoh agak lama,” katanya kepada Journal Malaysia, di sini, hari ini.

    Beliau ditemui selepas menyerahan sumbangan teblet dan ‘flash drive’ kepada Nur Alisa Amani Abdullah, 11 dan Siti Aisah Abdullah, 17, selain memberi bantuan keperluan dapur bernilai RM50 kepada keluarga mereka.

    Turut hadir, Pengarah MARA Kelantan, Abd Wahab Yusoff.

    Mengulas lanjut, Muhamed Farid yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Bharu, berata pihaknya akan meneruskan usaha itu supaya pelajar yang terpaksa berkongsi peranti, mempunyai gajet sendiri.

    “Kita mahu mereka mendapat manfaat ilmu sepenuhnya daripada guru. Kalau boleh kita mahu mengagihkan sebanyak mungkin, namun kita tahu ia agak terhad, cuma kita agih kepada mereka yang betul-betul memerlukan peranti saja,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHilang pendapatan sepenuhnya, ibu tunggal tidak mampu sediakan gajet untuk PdPR anaknya
    Next Article Soal selidik kerangka pelesenan kurier baharu bantu perkasa industri pos
    mohd Zulkifli
    • Website

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.