KUALA LUMPUR | Pengurusan jenazah menguruskan jenazah COVID-19 termuda iaitu seorang bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh di sini, malam tadi.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, difahamkan ibu bayi itu masih bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU).
Katanya, bapa bayi itu bersama lapan orang lagi anaknya sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ya Allah…Sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu.
“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” katanya.