KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan melonjak kepada 11,079 kes hari ini.
Jumlah yang dicatatkan menjadikan kumulatif sebanyak 855,949 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
Selangor mencatatkan kes yang tertinggi iaitu 5,263 kes.
Katanya, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 1,521 kes; diikuti Negeri Sembilan 1,033 kes.
“Kedah mencatatkan 497 kes; Sarawak 472 kes; Johor 406 kes; Perak 329 kes; Melaka 323 kes;
Pahang 321 kes dan Sabah 239 kes.
“Pulau Pinang 234 kes; Kelantan 211 kes; Terengganu 93 kes; Putrajaya 77 kes; Labuan 60 kes dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.