KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 semalam ialah 421,479 dos dan yang tertinggi setakat ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 264,034 bagi dos pertama.
“Manakala bagi pemberian dos kedua pula sebanyak 157,445.
“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 semalam adalah yang tertinggi setakat ini yang pernah dicatatkan,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Menerusi laman Facebook JKJAV memaklumkan jumlah pemberian vaksin di Selangor paling tinggi iaitu 75,123 bagi dos pertama dan 22,905 dos kedua, diikuti Sarawak 29,691 dos pertama dan 52,377 bagi dos kedua serta Kuala Lumpur 45,889 dos pertama dan 22,015 dos kedua.