by Nor Shazleza Shahril
TUMPAT | Kira-kira 80 penternak ikan dalam sangkar di Laguna Sri Tujoh di sini merayu kepada pihak berwajib untuk membantu membaiki jeti yang semakin usang dan hanya menunggu masa untuk roboh.
Struktur binaan jeti yang dibina sejak tahun 2012 ini semakin hari semakin rosak dan retak telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penternak yang mengunakan jeti tersebut.
Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujoh, Mohd Saifullah Che Mat, 29, berkata dia dan para penternak telah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak yang berwajib namun sehingga kini masih tiada sebarang bantuan yang dihulurkan.
“penternak di sini boleh dikatakan memang akan mengunakan jeti ini pada setiap hari bermula dari jam 7.00 pagi hingga ke 7.00 malam untuk ke sangkar ikan masing-masing, sekiranya masih tiada bantuan bagi membaikpulih jeti ini berkemungkinan ia akan runtuh pada bila-bila masa”.
“lebih membimbangkan kami adalah musim tengkujuh yang bakal tiba kelak akan menyebabkan lebih banyak kerosakan di jeti ini akibat ditenggelami air”.
“dapat dilihat dengan jelas kerosakan struktur binaan jeti yang rosak antaranya atap bocor, dinding retak dan hakisan di tiang jeti yang sangat teruk”.
“saya amat berharap agar ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi proses baikpulih jeti ini dalam masa terdekat dan dapat dibina semula sebelum tiba musim tengkujuh yang akan datang”.
“kami di sini bukan tidak mahu membaiki jeti dengan mengunakan kos peribadi namun pendapatan penternak juga turut terkesan dan terjejas teruk ekoran Perintah Kawalan Pergerakan PKP akibat Covid-19 di seluruh negara”.
“untuk kos keseluruhan bagi baikpulih dan bina semula dianggarkan menelan belanja lebih RM10,000”.