KUALA LUMPUR | Seramai 296 orang jemaah haji warganegara Malaysia di Arab Saudi diluluskan untuk menunaikan ibadah haji bagi Musim Haji 1442H.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia adalah angka terbesar yang diluluskan berbanding tahun lalu hanya 8 orang.
“Alhamdulillah, hal ini sukar untuk dicapai tanpa hubungan diplomatik yang amat erat antara Malaysia dan Arab Saudi.
“Di samping peribadi jemaah haji Malaysia yang terkenal dengan sikap berdisiplin dan menunjukkan sikap yang terpuji.
“Insya-Allah saya akan mengadakan sidang video bersama bakal jemaah haji warganegara Malaysia di Arab Saudi pada jam 9 malam esok (15 Julai),” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya di sini, malam ini.
Beliau membuat pengumuman itu selepas bersiaran secara langsung dalam Salam Baitullah TV1 bersama-sama Ustaz Don Daniyal, Ustaz Fakhrul UNIC dan Heliza Helmi membicarakan isu norma baharu ibadah haji.