by Nor Shazleza Shahril
TUMPAT | Penternak ikan sangkar di Laguna Sri Tujoh di sini hilang hampir separuh pendapatan sejak pandemik Covid-19 melanda di seluruh negara.
Rata-rata penternak mengeluh kerana ikan mereka tidak dapat dipasarkan berikutan penutupan beberapa sektor ekonomi seperti perhotelan dan restoran makanan.
Mohd Alif Shafien, 30, berkata, sebelum negara dilanda Covid-19, purata keuntungan yang diperolehi mampu mencecah sehingga RM20,000 setahun namun kini jumlah tersebut berkurangan hampir 50 peratus.
“sekarang nak dapat RM10,00 hingga RM15,000 memang sangat susah kerana tidak mendapat permintaan ekoran beberapa sektor yang ditutup oleh kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.
“kemasukan benih ikan sangkar pula kini dihentikan sejak bulan Januari yang lalu kerana bimbang akan berlakunya kerugian yang besar sekiranya proses pemasaran dan penjualan ikan tidak dapat dilakukan”.
“ikan-ikan yang masih ada di sangkar ini adalah benih ikan yang dimasukan sejak tahun lepas dan kebiasaannya benih ikan ini mengambil masa selama 6 bulan untuk membesar dan dapat dipasarkan”.
“namun, untuk tahun ini saya masih tidak dapat menjual ikan-ikan sangkar ini selain proses penjualan ikan yang sangat terjejas”.
“proses menternak ikan sangakar ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana modal untuk membeli anak benih ikan yang mahal selain kos-kos sampingan yang amat tinggi seperti umpan yang berharga RM1000 hingga RM1,500 sebulan”.
“untuk tidak terlalu berharap dengan hasil penternakan ikan, saya turut menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian”.