JELI | Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli menyampaikan bakul makanan kepada 48 keluarga menerusi Op Bantu di daerah ini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, bantuan bakul makanan itu disampaikan kepada golongan yang memerlukan.
Katanya, bakul makanan itu diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
“Diharapkan dengan pemberian tersebut dapat meringankan sedikit beban dalam menghadapi tempoh pandemik COVID-19.
“Kawasan yang terbabit dalam program itu termasuk Jeli, Ayer Lanas, Batu Melintang dan Kuala Balah,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, bakul makanan itu diagihkan secara berperingkat untuk memastikan mereka yang layak dapat menerima bantuan.