by Nor Shazleza Shahril
Kota Bharu | Penduduk di negeri ini digesa agar mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 berikutan jumlah pendaftaran yang masih rendah berbanding negeri-negeri lain.
Ketua BERSATU Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pendaftaran vaksin di negeri ini mencatatkan sebanyak 56.2 peratus berbanding 80 peratus di negeri lain.
“Sehingga 12 Julai lalu, sebanyak 56.2 peratus bersamaan dengan 694,661 pendaftaran telah direkod berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)”.
“Ini menunjukkan sebanyak 13.7 peratus iaitu 261,316 penduduk telah lengkap vaksinasi untuk dos pertama”.
“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai yang mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini khususnya di daerah Kota Bharu”.
“Selain itu, saya turut berharap agar pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di negeri ini juga mengadakan progam untuk meningkatkan usaha pendaftaran sebagai penerima vaksin”.
“Walaupun kadar peratusan yang telah di vaksinasi di negeri ini tinggi melebihi purata di Malaysia, namun peratusan pendaftaran masih lagi rendah”,katanya.
Tambahnya, kadar pemberian vaksin COVID-19 harian di seluruh negara juga terus mencatat peningkatan memberangsangkan dengan 424,541 dos diberikan sejak semalam.
“Bagi memutuskan rantaian Covid-19, kita perlu ada “self-discipline” iaitu dengan menjaga diri sendiri serta menjaga masyarakat setempat bagi membolehkan angka jangkitan harian terus berkurangan”,” katanya.