KUALA LUMPUR | Jumlah sampel COVID-19 daripada ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang diuji untuk tempoh 14 hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, hari ini jumlah ujian keseluruhan adalah tertinggi iaitu 131,706.
Katanya, masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ianya masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta.
“Kapasiti ini akan diguna pakai sebaiknya bagi menjalankan ujian COVID-19 terutama bagi ujian tertumpu.
“Semalam, sebanyak 60,595 ujian RT-PCR dilakukan dengan kapasiti maksimum 116,803. Manakala, ujian RTK-Ag berjumlah 71,111,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.