KUALA LUMPUR | Seramai 3.84 juta individu telah Lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Manakala, dua hari berturut-turut, angka pemberian vaksin sudah melepasi 400,000 dos sehari iaitu 421,479 dos kelmarin dan 424,541 dos semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sejumlah 424,541 dos semalam adalah jumlah yang tertinggi sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Katanya, jumlah yang menerima dos pertama ialah 8,364,354 orang dan 3,848,376 orang telah terima dos kedua.
“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga semalam adalah sebanyak 12,212,730 dos,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini katanya.