JAKARTA | Seorang wanita berdepan hukuman penjara selama lima tahun selepas menyuruh anak perempuannya berusia tujuh tahun mencuri tali ampaian.
Lapor Tribunnews, bukan setakat itu sahaja, pelaku malah mencuri kasut milik mangsa.
Pelaku dikenali sebagai Tari, 21, berasal dari Perumahan Trika, Kota Makassar dan aksinya berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV).
Suspek ditangkap oleh sepasukan polis Tamalanrea selepas dia mencuri begi berisi dua tali ampaian di rumah penduduk di Tamalanrea.
Mangsa, Mulyawarman mengaku kehilangan kasut jenama skechers.
Dalam rakaman CCTV itu, Tari ditemani adik lelakinya yang dikenali sebagai Uppi dan kini menjadi buruan pihak polis.
“Tari melakukan pencurian itu dengan menyuruh anak perempuannya berusia tujuh tahun mengambil beg mangsa,” kata Ketua Polis Tamalanrea, Muhammadi Mukhtari. – AGENSI