LONDON | Jaringan Patrik Schick ketika menentang Scotland dinobatkan sebagal Gol Terbaik Euro 2020.
Bintang Republik Czech itu melakukan rembatan dari tengah padang ketika aksi peringkat kumpulan bulan lalu.
Pasukannya sedang mendahului 1-0 ketika itu apabila bintang Bayer Leverkusen itu mencuba nasibnya dari jarak 45 meter.
Bola melambung tinggi dengan penjaga gol Scotland David Marshall yang berada di luar kawasannya, terpaksa berlari kembali ke gawang tetapi tidak sempat menyelamatkan keadaan.Jaringan Paul Pogba untuk Perancis ketika tewas kepada Switzerland di peringkat 16 terakhir di tempat kedua.
Jaringan Luka Modric untuk Croatia dalam kemenangan 3-1 ke atas Scotland di tempat ketiga.
Schick menyertai senarai pemenang anugerah Euro 2020 selepas penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan.
Bintang muda Sepanyol dan Barcelona, Pedri dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik.
Penjaga gol England Jordan Pickford memenangi Sarung Tangan Emas selepas tidak dibolosi dalam lima perlawanan.
Legenda Portugal Cristiano Ronaldo memenangi Kasut Emas selepas meledak lima gol, namun mengatasi Schick yang turut menjaringkan lima gol menerusi bantuan gol. – AGENSI