by Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Sejumlah 13,215 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 880,782 kes.
Jelasnya, Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan 1,603 kes dan Kuala Lumpur
1,499 kes.
Katanya, selain itu lain-lain negeri Kedah (695), Johor (599), Pahang (222), Melaka (484) dan Sabah (370)
“Manakala, Sarawak (363) , Pulai Pinang (509), Kelantan (255), Perak (344), WP Labuan (26), Terengganu (70), WP Putrajaya (53) dan Perlis (3),” katanya.