KOTA BHARU | Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan tiga anggota yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM200,000
dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Mereka sebelum ini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pegawai kanan polis berusia 48 tahun dan tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah daripada pasangan pengedar dadah.
Tiga anggota polis masing-masing berpangkat Sarjan berusia 39 tahun, Koperal 34 tahun dan Lans Koperal (
28 tahun turut direman selama empat hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan kes yang sama.
Perintah jaminan itu dikeluarkan oleh
Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Rusli membenarkan pegawai kanan dan tiga anggota polis itu dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai polis berpangkat ASP direman bermula Jumaat lalu selepas dipercayai menerima suapan daripada pasangan pengedar dadah.
SPRM turut menahan seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes.
Susulan itu, tiga anggota polis direman pada Isnin lalu bagi membantu siasatan kes sama.