By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Sebanyak 41 unit tablet disumbangkan kepada Sekolah Agama Menengah (SAM) Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata, sumbangan itu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) anak-anak muridnya daripada kelompok B40.
Katanya, sebelum itu, beliau menerima kiriman mesej guru SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang memohon sumbangan tablet bagi memudahkan PdPR.
“Kerajaan amat prihatin akan keperluan yang mendesak terhadap gajet dalam pembelajaran terutamanya pada era pandemik ini.
“Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ini, kami sumbangkan 41 unit tablet kepada sekolah itu untuk disumbangkan kepada pelajar memerlukan.
“Sumbangan itu menerusi TH Travel. Moga bermanfaat kepada anak-anak pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini katanya.