By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu menurun sedikit kepada 12,541 kes hari ini, dan menjadikan kumulatif sebanyak 893,323 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 12,525 kes tempatan dan 16 kes import.
Katanya, Selangor mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 5,512 kes, diikuti Negeri Sembilan 1,619 kes.
“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan jumlah 1,542 kes; Johor 609; Melaka (575) dan Kedah 458 kes.
“Negeri lain iaitu Sarawak 423 kes; Pahang (382); Sabah (326); Perak (299); Kelantan (225); Putrajaya (62); Wilayah Persekutuan Labuan (24) dan Perlis tujuh kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 6,742 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh 772,542 kes.
Katanya, jumlah kes aktif sebanyak 114,053 kes.