By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia adalah jumlah yang tertinggi setakat ini.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi bagi dos kedua.
“Negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi adalah Selangor iaitu 85,771 bagi dos pertama dan 27,687 dos kedua.
“Diikuti Kuala Lumpur 51,700 dos pertama dan 20,531 dos kedua serta Sarawak 20,415 dos pertama dan 53,399 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini katanya.
Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari lalu adalah sebanyak 13,107,716 dos.