KUALA LUMPUR | Jumlah sampel COVID-19 keseluruhan semalam adalah sebanyak 141,523 ujian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan 65,822 ujian Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan 75,701 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang telah dijalankan.
Katanya, negeri Selangor telah menjalankan 52,889 ujian, manakala Kuala Lumpur sebanyak 18,369 ujian.
“Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ianya masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta.
“Kapasiti ini akan diguna pakai sebaiknya bagi menjalankan ujian COVID-19 terutama bagi saringan bertumpu (targeted testing),” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Manakala, sampel kelmarin berjumlah 141,169 ujian iaitu 69,768 bagi RT-PCR dan 71,401 RTK-Ag.