LONDON | Manchester United semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan Raphael Varane dan Kieran Trippier.
Perjanjian itu sudah disempurnakan tetapi pengumumannya dijangka akan dilakukan hujung minggu depan.
United bersedia membayar 50 juta pound (RM290.41 juta) untuk Varane, 28, walaupun bek tengah Perancis itu hanya berbaki setahun di Bernabeu.
Bek tengah England Trippier, 30, mahu berpindah ke Old Trafford selepas dua tahun yang gemilang di Atletico Madrid – dan perpindahan bernilai 18 juta pound (RM104.56 juta) sedang dimuktamadkan.
Kedua-dua perpindahan itu bakal menyaksikan United berbelanja melebih 140 juta pound (RM813.4 juta) pada musim panas ini selepas kehadiran pemain sayap Jadon Sancho dari Borussia Dortmund pada harga 73 juta pound (RM424.13 juta). – AGENSI