KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 baharu yang dilaporkan menurun sedikit kepada 12,528 kes hari ini berbanding 12,541 kes semalam.
Selangor menunjukkan angka sedikit penurunan, namun masih merekodkan jumlah paling tinggi iaitu
4,985 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah sebanyak 1,740 kes.
“Manakala, Negeri Sembilan 1,280 kes; Kedah (701); Sabah (647); Johor (625); Melaka (569) dan Perak (428).
“Pulau Pinang (396); Sarawak (388);
Pahang (317); Kelantan (211); Terengganu (177); Wilayah Persekutuan Putrajaya 41 kes; Wilayah Persekutuan Labuan 22 kes dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.