MEKAH | Jemaah mula tiba di kota suci Mekah hari ini bagi menunaikan ibadah haji pada tahun kedua ketika pandemik Covid-19.
Lapor AFP, Arab Saudi hanya membenarkan seramai 60,000 jemaah berada di negara itu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap untuk mengerjakan haji.
Jemaah kali ini yang dipilih menerusi undian, lebih tinggi daripada tahun lalu namun jauh lebih rendah berbanding waktu biasa.
Pada awal bulan ini, kementerian haji memaklumkan pihaknya sedang meningkatkan langkah pencegahan yang tinggi ketika penularan pandemik Covid-19 dan kemunculan varian bahari.
Menurut kementerian, jemaah dipilih daripada lebih 558,000 pemohon menerusi sistem pemeriksaan dalam talian.
Kebenaran mengerjakan haji diberikan kepada mereka yang sudah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya, berumur 18 hingga 65 tahun tanpa penyakit kronik.