By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 baharu menurun sedikit kepada 10,710 kes hari ini, dan menjadikan kumulatif sebanyak 916,561kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 4,828 kes, diikuti Kuala Lumpur 945 kes.
“Johor Bharu merekodkan jumlah 808 kes; Negeri Sembilan 771 kes; Sabah (666) dan Kedah 696 kes.
“Negeri lain iaitu Perak 407 kes; Pahang (369); Pulau Pinang (295); Melaka (289); Sarawak (261); Kelantan (146); Terengganu (123); Putrajaya (51) , Labuan (50) dan Perlis lima kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.