KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sehingga semalam ialah 14,002,324 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah yang menerima dos pertama ialah 9,570,974 orang. Daripada jumlah itu, 4,431,350 orang telah terima dos kedua.
Katanya, jumlah pemberian vaksin di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 3,752,686 bagi dos pertama dan 1,181,173 dos kedua.
“Sarawak merekodkan 1,545,402 dos pertama dan 859,906 dos kedua.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin COVID-19 semalam mencatatkan sebanyak 380,440 dos.
“Ia membabitkan 253,830 bagi dos pertama dan 126,610 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.