KUALA LUMPUR | Sejumlah 4.53 juta orang rakyat negara ini sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga semalam adalah 14,347,285 dos.
Katanya, jumlah yang menerima dos pertama ialah 9,815,735 orang. Daripada jumlah itu, 4,531,550 orang telah terima dos kedua.
“Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 3,866,419 bagi dos pertama dann1,226,698 dos kedua.
“Manakala, Sarawak 1,563,346 dos pertama dan 894,373 dos kedua dan Johor 674,506 bagi dos pertama serta 376,373 dos kedua. Kelantan 321,911 dos pertama dan 204,620 doa kedua.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin semalam adalah 344,961 dos,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 244,761 bagi dos pertama dan 100,200 dos kedua.