PUTRAJAYA | Kerajaan Persekutuan membantu pemajak tanah persekutuan dengan memberi diskaun sebanyak 50 peratus kadar pajakan untuk tahun ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemberian diskaun itu akan diberikan kepada pemajak yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan boleh memajak tanah Persekutuan kepada pihak lain berdasarkan Seksyen 221 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dengan menandatangani Perjanjian Pajakan mengikut tujuan-tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan.
“Berikutan penularan wabak COVID-19, Kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan beban yang dihadapi oleh segenap masyarakat dan sektor.
“Ini termasuklah pemajak pemajak tanah Persekutuan yang antaranya, terdiri daripada sektor pelancongan, perhotelan, penerbangan dan pelabuhan yang merupakan sektor yang paling teruk terjejas dan memerlukan masa untuk kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehkan pengurangan kadar pajakan penjadualan semula bayaran pajakan bagi tahun 2021 kepada Pesuruhjaya Tanah diberikan, pemajak-pemajak boleh mengemukakan permohonan Persekutuan serta dikecualikan denda lewat.
“Melalui inisiatif ini, diharapkan dapat membantu pemajak untuk menyusun semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka di atas tanah-tanah Persekutuan, di samping mengelakkan tanah-tanah tersebut daripada terbiar,” katanya.