By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 baharu meningkat sedikit kepada 10,972 kes hari ini, dan menjadikan kumulatif sebanyak 927,533 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 4,404 kes, diikuti Negeri Sembilan 1,340 kes.
“Johor Bharu merekodkan jumlah 876 kes; Kedah 705 kes; Sabah 651 kes dan Kuala Lumpur 609 kes.
“Negeri lain iaitu Pahang 475 kes; Melaka (474); Pulau Pinang (426); Perak (324); Sarawak (301); Kelantan (170); Terengganu (144); Putrajaya (48) , Labuan (24) dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.