KUALA LUMPUR | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Beliau berkata, amalkan kawalan kendiri untuk keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Katanya, walaupun Hari Raya Aidiladha disambut dengan sederhana, tiada yang lebih bermakna dari setiap amalan serta ibadah diterima oleh Allah SWT yang Maha Esa.
“Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.
“Besar pengertian Aidiladha dan ibadah korban itu sendiri yang menuntut kita untuk terus bertaqwa kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan merendah hati.
“Sentiasa lah mematuhi SOP yang ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri untuk keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita,” kata menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha esok dan di dalam suasana pandemik COVID-19.