KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah 12,366 kes hari ini.
Jumlah yang dicatatkan itu menjadikan kumulatif sebanyak 939,899 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 5,524 kes.
Katanya, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,580 kes; Negeri Sembilan 970 kes; Johor 793 kes dan
Kedah 701 kes.
“Negeri lain iaitu Sabah 657 kes;
Pulau Pinang 460 kes; Sarawak (351); Melaka (309); Perak (295); Pahang (288); Terengganu (190); Kelantan (179); Wilayah Persekutuan Putrajaya (50); Wilayah Persekutuan Labuan (17) dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.