By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk negara ini berjumlah sebanyak 14,772,221 dos sehingga semalam.
Daripada jumlah itu 10,097,841 orang bagi dos pertama dan 4,674,380 orang telah terima dos kedua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 4,011,599 bagi dos pertama dan 1,279,304 bagi dos kedua.
Katanya, Sarawak merekodkan 1,579,474 bagi dos pertama dan 932,931 dos kedua.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin semalam adalah berjumlah 424,936 dos.
“Jumlah itu membabitkan 282,106 dos pertama dan 142,830 dos kedua,”katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.