KUALA LUMPUR | Pendakwah terkenal, Ebit Lew akan membuat siaran langsung pada jam 12 tengah hari esok, untuk menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan tidak berasas terhadap dirinya.
Ebit menerusi laman Facebooknya memaklumkan, beliau bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar.
“Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.
“Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini.
“Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis, isteri kepada pasukan saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ini anak saya peluk saya menangis. Cukuplah,” katanya.
Katanya, beliau reda pada Allah dan diam belum ada sepatah atau kenyataan darinya kerana makin ramai buat kenyataan tentangnya.
“Ini tentang saya, keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih.
“Saya berdoa dan serahkansemuanya pada Allah SWT,” katanya.
Sebelum itu, Ebit membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.
Terdahulu rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.
Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia mendakwa pasukan misi Ebit Lew membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.