SYDNEY | Lebih 13 juta orang atau hampir separuh penduduk Australia diletakkan dibawah perintah berkurung selepas satu lagi negeri di negara itu mengenakan sekatan Covid-19 untuk menangani penularan varian Delta.
Lapor BBC, South Australia yang mempunyai kira-kira 1.7 juta penduduk, kini menyertai Victoria dan beberapa bahagian di New South Wales melaksanakan perintah berkurung semalam.
Perintah berkurung dilaksanakan di South Australia selepas lima kes jangkitan dikesan.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews brkata, sekatan pergerakan dan perintah berkurung di Melbourne dan Sydney dilanjutkan selama lima hari lagi.
Australia dipuji kerana melaksanakan strategi penutupan sempadan, program kuarantin dan perintah berkurung untuk sementara.
Negara itu melaporkan kematian akibat Covid-19 kurang daripada 1,000 kes
Namun, kes varian Delta yang pantas merebak menyebabkan cabaran baharu dan mendedahkan kadar vaksinasi Australia yang sangat rendah. – AGENSI