Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Internet satelit MySurFi mula digunakan di Jeli
    Am

    Internet satelit MySurFi mula digunakan di Jeli

    adminBy admin21/07/2021Updated:21/07/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR, 21 Julai — Perkhidmatan penyambungan capaian Internet melalui teknologi satelit MySurFi, yang pertama seumpamanya di Kelantan mula digunakan di daerah Jeli, semalam.

    Bahagian Teknologi Angkasa, Serba Dinamik Group Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan program Khidmat Sosial Masyarakat Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menggunakan satelit itu dilaksanakan syarikat kejuruteraan Serba Dinamik bersama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan satelit dan telekomunikasi, Mosyawa Sdn Bhd.

    Program itu juga merupakan hasil kerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

    Menurut kenyataan itu, program tersebut akan memberikan capaian Internet percuma selama enam bulan dalam tempoh negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

    Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di Jeli merupakan lokasi pertama dipilih bagi pemasangan Internet satelit di Kelantan sebelum fasa komersial dimulakan di serata daerah di negeri itu.

    Menurut Mustapa, perkhidmatan MySurFi amat penting kerana terdapat keperluan bagi penyediaan capaian akses Internet di kawasan yang tidak mendapat capaian Internet fiber atau Internet selular di Malaysia seperti SK Lawang.

    Sementara itu, Guru Besar SK Lawang Hassan Che Awang berkata Internet bukan lagi suatu pilihan tetapi keperluan yang utama ketika ini terutamanya sepanjang proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah berlangsung.

    Hassan ketika mengadakan perbualan video menggunakan aplikasi ‘Google Meet’ secara langsung menerusi perkhidmatan MySurFi bersama Mustapa menyatakan kesungguhan beliau untuk membuka kawasan sekolah kepada pelajar yang masih berada di luar kawasan liputan, sementara perkhidmatan MySurFi diperluaskan setelah tamat fasa percubaan dan ujian di kawasan itu.

    Seorang tenaga pengajar di SK Lawang Samsiah Zainal Abidin pula menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana program tersebut membantunya untuk berhubung menerusi Internet di pagi Aidiladha dengan adik kesayangannya di Kedah yang tidak dapat merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

    Terdahulu menurut kenyataan itu, seminggu sebelum fasa pemasangan MySurFi, Serba Dinamik dan Mosyawa Sdn Bhd turut mengambil peluang menyantuni masyarakat di sekitar Kg Lawang bagi memberi penerangan berhubung perkhidmatan Internet satelit.

    Selain itu, wakil Serba Dinamik Care Team turut bersama-sama mengagihkan bantuan tanggungjawab sosial korporatnya kepada keluarga yang memerlukan. SUMBER: BERITTA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKes harian COVID-19 menurun sedikit kepada 11,985 kes
    Next Article Kontinjen Malaysia di perkampungan Olimpik Tokyo bebas COVID-19
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.