By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 dalam kalangan penduduk negara ini berjumlah 15,071,814 dos sehingga semalam.
Daripada jumlah itu 10,301,905 orang bagi dos pertama dan 4,769,909 orang telah terima dos kedua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 4,140,969 bagi dos pertama dan 1,329,503 bagi dos kedua.
Katanya, Sarawak merekodkan 1,591,810 bagi dos pertama dan 967,201 dos kedua.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin semalam adalah berjumlah 299,593 dos.
“Jumlah itu membabitkan 204,064 dos pertama dan 95,529 dos kedua,”katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.