Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 baharu mencatatkan penurunan angka kepada 11,985 kes hari ini berbanding 12,366 kes semalam.
Jumlah yang dicatatkan itu menjadikan kumulatif sebanyak 951,884 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 5,550 kes, diikuti Kuala Lumpur 1,174 kes.
“Kedah merekodkan jumlah 800 kes; Negeri Sembilan 745 kes; Johor Bharu 644 kes dan Pahang 603 kes.
“Negeri lain iaitu Sabah 474 kes; Melaka (453); Kelantan (386); Pulai Pinang (362); Perak (274); Sarawak (261) ; Terengganu (171); Putrajaya (51) , Labuan (35) dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.